Sunday, June 23, 2013

Resepi Aiskrim

Assalamualaikum

Hi. Rasanya dah lama tak buat apa-apa dessert. Semalam tetiba je menggedik dengan my cousin aina nak buat aiskrim, cheesy wedges, ngan chocolate cake. We all boring je sebenarnya, sebab tu merajinkan diri kat dapur. Tapi disebabkan muscle-musle tangan aku dah lenguh akibat pegang mixer setengah jam nonstop, cheesy wedges ngan cake terpaksa cancel, lain kali je lah kitorang buat.

Actually resepi ni diambil dari blog Cik Epal. Siryes sedap aiskrim resepi cik epal ni. Rasa lemak berkrim gitu. Nak buat pon tersangat sangat senang. 

Ni dia resepi aiskrim tu:

-1 tin susu cair
-1/2 tin susu pekat (kurang lagi bagus, ingat pesan KKM kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman :)))))
-1 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 sudu besar ovalett

Sikit je kan bahan yang diperlukan?

Perisa pulak terpulang pada korang. Nak letak perisa coklat ke, strawberi ke, milo ke tak kesah. Beli je flavor-flavor tu semua kat kedai, star brands pon ada rasanya. 


Okay caranya simple. Campurkan kesemua bahan iaitu susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovalett ke dalam satu bekas. Putarkan guna stand mixer selama 15 - 20 minit sampai jadi pekat dan likat berkrim.



Then, bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak flavor. Aku bahagi dua je, letak milo dan vanilla essence.


Siap. Boleh letak dalam peti ais. Dah beku bolehlah makan :) 


siryes sedap giler aiskrim ni. Lain kali nak buat chocolate oreo pulak hehe..


Thanks for reading this entry :) 


16 comments:

  1. wahh..senangnya??thanks..nak try..:)

    ReplyDelete
  2. menarik juga... nak try buat la... dulu buat style lain sikit...

    ReplyDelete
  3. macam best je..xpayah beli mahal2..huhu..nak try la cuti sem nt..thanks! =)

    ReplyDelete
  4. like like like. hahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. leh cube ni...anak2 mesti suke. ovalette pun ade dlm fridge tu...;)

    ReplyDelete
  6. Wow ! Yummy ! Nak suruh mak buat lorh ^^

    ReplyDelete
  7. Simple and nampak sedap. Nak kena try gak nihh. Hihi

    ReplyDelete
  8. ovalette tu nak beli di mana ye? mahal ke?

    ReplyDelete
  9. org malas macam saya ni sesuai la aiskrim ni, simple sgt hehe

    ReplyDelete
  10. Princess MOMOY: kat pasaraya pon ada. harga dia dlm rm2 100 gram :)

    ReplyDelete
  11. Hmm it appears like your site ate my first comment (it was extremely long) so I
    guess I'll just sum it up what I submitted and say, I'm thoroughly
    enjoying your blog. I as well am an aspiring blog blogger
    but I'm still new to everything. Do you have any tips for inexperienced blog writers? I'd
    certainly appreciate it.

    My site przewodnik po warszawie pdf

    ReplyDelete
  12. wah ! mmg dahsyat . jerebu nih dgn tekak kering , mmg maveles lah klu dpt buat dan mkn ... heheheee

    ReplyDelete
  13. sedapnyaa. nak buat jugak. ehee

    ReplyDelete
  14. tq...nak try buat..tq to cik epal juga...

    ReplyDelete